Sifat Terpuji yang Disukai Allah SWT

AMALAN baik dan terpuji adalah sifat yang menjadi perhiasan diri seorang Muslim. Dalam pengertian tasawuf, sifat yang baik ini dikenali sebagai mahmudah. Sifat ini kadangkala lahir dalam diri seseorang secara semula jadi, sementara yang lainnya perlu dipelajari bagi mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Antara sifat mahmudah ialah bertaubat iaitu meninggalkan perbuatan dosa dan menyesali dosa yang telah dilakukan.
Syarat taubat daripada dosa antara manusia dengan Allah ialah meninggalkan perbuatan berdosa, berazam tidak akan membuatnya lagi.
Selain itu, menyesal atas perbuatan berdosa lalu, jika dosa itu dengan manusia, ia perlu ditambah dengan satu syarat lagi, iaitu mengembalikan hak orang yang termakan atau terambil atau meminta maaf daripadanya.
Mengenai taubat, Allah telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah cintakan orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci." * (Al- Baqarahm, ayat 22)
Satu lagi sifat terpuji ialah Khauf * takut kepada Allah dengan melihat kepada tanda-tanda kebesaran dan keagungannya. Dengan itu, ia akan timbul rasa ingin beribadat kepada Allah serta berusaha mencari keredaan-Nya.
Di samping khauf, hendaklah pula ada sifat rija'i iaitu mengharapkan rahmat Allah. Seseorang Muslim hendaklah selalu berada antara takut dan harap. Takut terhadap azab Allah dan harapkan rahmat Allah.
Bagaimanapun, manusia tidak boleh pula terlalu terpedaya dengan mengingat (mengharap) rahmat Allah semata-mata tanpa sebarang amal dan takut. Jangan pula terlalu takut hingga lupa kepada rahmat Allah dan menjadi orang yang putus asa. Dalam hubungan ini Allah berfirman, bermaksud: "Beritahu hamba-hambaKu bahawa aku Maha Pengampun lagi Penyayang dan sesungguhnya
azabku pula adalah azab yang pedih." * (AI-Hijr - 49) Umat Islam juga digalakkan mengamalkan sifat sabar iaitu abah menghadapi ujian hidup dan tidak menyumpah nasib atau diri apabila ditimpa kesusahan.
Sabar ada tiga jenis, iaitu sabar menghadapi ujian dan pencerobohan hidup, sabar dalam menunaikan kewajipan kepada Allah dan sabar dalam meninggalkan larangan Allah.
Bersyukur pula ialah memuji Allah atas segala nikmatnya dan memandang bahawa segala puji adalah bagi Allah sedang manusia itu hanya sebab bagi mendapatkan rahmat itu.
Syukur itu ada tiga bahagian: Syukur dengan lidah * mengucap pujian terhadap Allah.
Bersyukur dengan hati * reda dan senang dengan apa yang diberi Allah, dan syukur dengan anggota * mengarahkan segala nikmat yang diberi ke tempat yang diredai Allah. Satu lagi sifat terpuji ialah ikhlas ialah beramal kerana Allah semata-mata bukannya riak. Beramal untuk mengharapkan pahala dan mengelakkan diri daripada azab tidak bertentangan dengan sifat keikhlasan hamba Allah, kerana Allah sendiri telah menyuruh kita meminta nikmat syurga dan menjaga diri dari azab neraka dalam banyak ayat al-Quran. Sentiasa mengingati mati juga boleh menebalkan iman seseorang. Erti mengingati mati ialah meyakini segala yang hidup pasti akan mati. Kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan mati. Oleh itu, kita hendaklah selalu bersedia dengan amalan untuk menghadapi maut.Wallahu a'lam bishawab.